Pages

Friday, December 9, 2011

Hachiko

Monday, May 23, 2011

Nur Kasih The Movie

 Dah tengok "Nur Kasih The Movie?" Ramai-ramai laserbu panggung wayang yang berdekatan untuk menonton filem yang dikatakan boleh membuatkan penonton menangis di dalam panggung. Kalau yang belum berpeluang untuk menyaksikan filem hebat ini, segeralah berbuat demikian.

Hasil dari lawatan secara tidak rasmi ke panggung wayang, dengan secara tidak sengaja aku terjebak untuk menonton filem garapan Khabir Bhatia ni. Penonton yang menonton bersama aku nampaknya memang ramai. Hampir penuh panggung. Dari kanak-kanak kecil hinggalah nenek-nenek yang sangat meminati drama Nur Kasih yang sebelum ini disiarkan di TV3. 

Pada aku "Nur Kasih The Movie" adalah satu filem yang lemah. Memang tidak memuaskan hati aku sebagai penggemar filem. Banyak scene-scene yang sepatutnya tidak perlu dimasukkan. Jalan cerita untuk filem ini pula terlalu complicated dan menyebabkan penonton seperti aku yang baru nak feel nie terpaksa switch feel. sangat tidak puas. Sepanjang di dalam panggung memang tiada setitis pun air mata mahupun air liur keluar. Namun yang demikian, lakonan Tiz Zakyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz, dan Liza Othman tidak dinafikan memang superb. Memang boleh puji sangat-sangat especially Remy Ishak masa sakit tu. Tidak menghampakan juga watak Mariam dan Ilyas tu memang aku suka. Especially Ilyas yang bersifat penyayang. Lain dari yang lain berbanding watak kanak-kanak yang pernah dilakonkan oleh pelakon kanak-kanak yang lain. Memang power adik Ilyas. 

Apa-apa pun, bagi yang belum berpeluang untuk menonton, ramai-ramai la berkunjung ke panggung. Ini pendapat aku. Sokonglah industri negara kita. 


Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri